awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: "Deepavali lagi 2 bulan", MP Batu bertemu peniaga esok

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/08/2024
09:00 MYT
Tanah jerlus Masjid India: "Deepavali lagi 2 bulan", MP Batu bertemu peniaga esok
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran ketika ditemui pemberita hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran akan mengadakan pertemuan peniaga-peniaga di sekitar Jalan Masjid India, esok bagi mengetahui situasi yang dihadapi mereka.
Ini susulan insiden tanah jerlus di kawasan itu minggu lalu, yang menyebabkan seorang warga India hilang.
Ketika ini, kawasan dari Wisma Yakin hingga ke Semua House di Jalan Masjid India, ditutup untuk lalu lintas.
“Mereka faham situasi sekarang, tetapi dalam masa yang sama ia beri kesan pada perniagaan mereka.
“Jadi saya rasa terpanggil untuk mengadakan pertemuan ini mengetahui apa cabaran dan pandangan mereka,” katanya ketika ditemui selepas meninjau perkembangan semasa di lokasi kejadian.
Tambahnya lagi, dengan sambutan Deepavali akan tiba dua bulan lagi, peniaga dan masyarakat India akan mula sibuk melakukan persediaan dan kawasan itu memang terkenal sebagai tumpuan utama.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
Operasi mencari dan menyelamat kini masuk hari ketujuh.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#Ahli Parlimen Batu
#Nasib peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan