awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran

Bernama
Bernama
28/08/2024
22:45 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia untuk turun di lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India bagi melakukan selaman untuk mencari wanita warga India yang hilang. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dua anggota Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, Jumaat lepas.
Berdasarkan pemerhatian di lokasi, kedua-duanya yang lengkap berpakaian skuba telah turun ke lubang itu pada 3.06 pagi dengan diawasi rapi oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain.
Selaman itu dilakukan selepas JBPM mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter semalam.
Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, mereka telah ditarik naik menggunakan untuk keluar dari lubang berkenaan dengan bantuan anggota lain sebelum dinyahkuman dan dibersihkan.
Ketika dihampiri Bernama, seorang daripada penyelam terbabit sempat memaklumkan secara ringkas bahawa mereka tidak dapat menghampiri lokasi objek tersekat disebabkan keadaan arus air di dalam lurang kumbahan itu.
Setakat 4.30 pagi ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JBPM kepada pihak media yang setia menanti sejak tengah malam tadi berhubung usaha terbaharu SAR itu.
Semalam, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pasukannya mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.
Beliau berkata, dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa ke lokasi kejadian pada petang Selasa selain pengesanan kamera.
Susulan itu, kerja-kerja menyedut air kumbahan dilakukan lewat malam tadi bagi memudahkan pergerakan penyelam dengan dibantu oleh 75 anggota yang mengawal jentera dan logistik.
Insiden tanah jerlus itu telah menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#anggota bomba
#lurang kumbahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan