awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap: Polis tutup Jalan Kinabalu dari arah Cheras

Bernama
Bernama
04/01/2022
09:03 MYT
Tanah mendap: Polis tutup Jalan Kinabalu dari arah Cheras
Jalan berkenaan ditutup pada pukul 10.30 pagi tadi kepada semua kenderaan. - Gambar/ FB Itis DBKL
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menutup Jalan Kinabalu di sini dari arah Cheras berikutan kejadian tanah mendap sehingga mengakibatkan jalan berlubang.
Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata jalan berkenaan ditutup pada pukul 10.30 pagi tadi kepada semua kenderaan.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka akan mengambil masa dua atau tiga hari.
"Polis menasihatkan supaya pengguna jalan raya agar tidak menggunakan laluan tersebut dan mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan.
"Polis dalam pada itu menyediakan laluan alternatif antaranya kenderaan dari arah Selayang yang hendak ke Cheras dan selatan dilencongkan ke Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen dan seterusnya ke Jalan Sultan Iskandar dan ke selatan semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SEMUA MAKLUMAT BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021
Sarifudin berkata bagi kenderaan dari arah Jalan Maharajalela, Bulatan Sultan Muhammad serta Bulatan Hishamuddin dilencongkan terus ke Jalan Raja untuk ke pusat bandar atau ke arah utara semula.
Sementara itu, kenderaan daripada arah Jalan Parlimen masuk ke Bulatan Dato' Onn dilencongkan ke Jalan Kuching manakala kenderaan daripada Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato' Onn di halakan terus ke Jalan Parlimen.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau talian penting JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan kuala lumpur mendap
#jalan ditutup
#Jalan Kinabalu
#Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan