awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Dua maut setakat ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/12/2022
01:00 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Dua maut setakat ini
Anggota penyelamat sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan. - Foto BERNAMA
GENTING HIGHLANDS: Sekurang-kurangnya dua individu maut manakala puluhan lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Gohtong Jaya, pada awal pagi Jumaat.
Wartawan Astro AWANI yang berada di lokasi melihat sendiri jasad mangsa diletakkan di satu khemah kecil yang didirikan bersebelahan lokasi terbabit.
Bagaimanapun pihak polis masih belum memberikan pengesahan berkaitan identiti mangsa yang maut itu, setakat jam 8 pagi ini.
Difahamkan juga jumlah keseluruhan pengunjung yang berada di tapak perkhemahan itu adalah seramai 79 orang manakala pekerja tapak perkhemahan adalah seramai 15 orang.
Seramai lebih 200 anggota dan pegawai pelbagai agensi seperti bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam telah berada di lokasi untuk kerja-kerja penyelamatan.
[TERKINI] Dua dilaporkan maut setakat ini, namun polis masih belum sahkan identiti mangsa terlibat dalam kejadian Tanah runtuh di Jalan Batang Kali, Gentinf Highlands. Jumlah mangsa 79 orang, 15 pekerja tapak perkhemahan. Laporan awal 34 mangsa berjaya diselamatkan. @501Awani pic.twitter.com/1wmNDEiFNF
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 16, 2022
Anggota penyelamat sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan. - Foto BERNAMA
Anggota penyelamat sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan. - Foto BERNAMA
Setakat ini 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan itu, yang terletak berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland.
BACA: Tanah runtuh: 37 berjaya diselamatkan di tapak perkhemahan
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.24 pagi selain ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar,
BACA: Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali
Ketika ini kawasan berkenaan telah ditutup kepada orang awam dan dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#tapak perkhemahan
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan