HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini agak mencabar susulan struktur tanah yang berada pada kedalaman 16 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat JBPM Selangor, Hafisham Mohd Nor berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan yang turut menyebabkan permukaan tanah menjadi lembik.
"Struktur tanah yang asal kini telah mencecah 16 meter yang tertinggi direkodkan dan keadaan tanah jadi lembik dan becak.
"Namun di kawasan itulah kita akan berusaha untuk membuat pencarian, kita akan korek sehingga mencecah dasar," katanya ketika sidang media pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan
Ikuti perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, operasi pencarian pada Isnin akan menumpukan di sektor A dan C serta kawasan yang masih belum digali.
Ini berikutan tiada sebarang lagi penemuan baharu setakat operasi yang berlangsung sejak Ahad.
"Kita harap usaha ini membuahkan hasil kerana kita dah usaha seharian semalam, malangnya tiada lagi penemuan" ujarnya lagi.
Selain itu, pihaknya turut menggerakkan sebanyak lapan jentera pengorek bagi membantu memudahkan operasi SAR.
Setakat ini, seramai 135 anggota ditempatkan di lapangan dengan kersama pelbagai agensi untuk mencari sembilan lagi mangsa yang belum ditemui.
Sebagai langkah keselamatan, Hafisham memberitahu, pegawai keselamatan turut ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau risiko anggota yang terlibat dalam operasi SAR.
"Pegawai keselamatan akan tiup wisel sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.
"Kita telah dimaklumkan semalam oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) risiko gelinciran tanah sangat rendah jadi dengan maklumat itu kita teruskan operasi hari ini," katanya lagi.
Hilmi Malik
Mon Dec 19 2022
Hafisham (kiri) pada sidang media bersama polis berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.