awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: 'Tidak tenang selagi tidak jumpa anak'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2022
10:12 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: 'Tidak tenang selagi tidak jumpa anak'
h Choe menunjukkan gambar anak perempuannya yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: "Saya tidak tenang selagi anak tidak dijumpai."
Itu harapan seorang wanita warga emas, Tan Ah Choe, 66 yang berharap agar anak perempuannya, Hong Mei Jing, 38 dapat ditemui selamat dalam tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini pada Jumaat.
Menurut Ah Choe, dia hanya diberitahu kejadian itu pagi tadi daripada rakannya yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di Batang Kali.
"Rakan saya beritahu ada tanah runtuh di Batang Kali. Saya segera hubungi polis untuk mengesahkan kejadian itu.
"Saya kemudian terus bergegas bersama seorang anak saya ke sini (Balai Polis Hulu Yam Bharu) untuk mendapatkan perkembangan terkini," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di sini pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 18 orang, 15 masih hilang
Tambah warga emas yang menetap di Jinjang, Kuala Lumpur itu, dia amat berharap anaknya dijumpai dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Tapi, sehingga kini dia (mangsa) masih di lokasi dan belum ditemui. Saya risau dan harap dapat bertemu Mei Jing," ujarnya.
Katanya lagi, dia juga dimaklumkan Mei Jing yang juga guru sekolah datang berkhemah di lokasi itu bersama rakan guru yang lain. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Father's Organic Farm
#tapak perkhemahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan