awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi

Fareez Azman
Fareez Azman
26/04/2023
03:00 MYT
Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi
Kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM). - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan masih berlaku runtuhan kecil dan pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Bukit Tunku pada malam Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM).
“Jadi kita melihat masih berlku runtuhan dan hakisan tanah sekadar menutup kanvas tidka dapat kurangkan risiko bahaya itu jadi kita sedang berbincang memasang cerucuk besi bagi mengelakkan bangunan berdekatan daripada terus terjejas ekoran hakisan tanah.
“Runtuhan malam tadi bermula jam 10 malam itu, runtuhan sedikit demi sedikit, masih berlaku pergerakan tanah,” jelasnya ketika ditemui media di sini pada Rabu.
Ujarnya, perbincangan akan dijalankan bersama pihak teknikal terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Minera dan Geosains Malaysia (JMG) serta beberapa agensi lain bagi proses pemasangan cerucuk besi di kawasan runtuhan.
“Kita akan bincang sebentar lagi dan apakah hasil mesyuarat dan bila akan dilaksanakan (pemasangan cerucuk besi).
“Kita percaya salah satu faktor (runtuhan) disebabkan aliran air ditemui semalam, kedua berlaku takungan air atau mendapan,” katanya lagi.
Terdahulu difahamkan, agensi penyelamat dalam insiden tanah runtuh di Bukit Tunku dijadual bermesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang ini.
Pasca mesyuarat tersebut, satu sidang media turut dijadual diadakan pada jam 5.30 petang.
Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Kejadian itu melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Bukit Tunki
#Beh Eng Lai
#runtuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan