awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Pemasangan kanvas berjaya elak berlaku runtuhan susulan - Polis

Bernama
Bernama
27/04/2023
05:18 MYT
Tanah runtuh Bukit Tunku: Pemasangan kanvas berjaya elak berlaku runtuhan susulan - Polis
Langkah memasang kanvas di lokasi tanah runtuh di MACA dan IIM di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin semalam berjaya mengelakkan kejadian tanah runtuh lebih serius. -Gambar fail/JBPM KL
KUALA LUMPUR: Langkah segera yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan memasang kanvas di lokasi tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di sini, semalam berjaya mengelakkan kejadian tanah runtuh lebih serius.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ia berikutan berlaku hujan lebat di kawasan berkenaan petang semalam, yang berisiko menyebabkan berlaku runtuhan susulan sekiranya tindakan pantas itu tidak diambil.
"Mujurlah selepas Jabatan Kerja Raya memasang kanvas semalam, walaupun tak sepenuhnya (meliputi kawasan runtuhan) kita dapati tiada sebarang pergerakan tanah atau hakisan lagi. Tiada sebarang runtuhan yang berlaku.
"...dan pagi ini kerja pemasangan kanvas akan disiapkan sebelum kerja pemasangan cerucuk besi dilakukan esok," katanya kepada pemberita di lokasi hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pelan jalan alternatif untuk masuk ke kawasan MACA yang diusulkan sebelum ini akan ditambah baik setelah mengambil kira faktor-faktor tertentu.
"Mungkin ada sedikit alternatif terhadap jalan akses ke MACA yang saya nyatakan semalam.
"Mengikut perancangan asal, ia akan dibuat di sekitar gelanggang tenis berhampiran IIM, namun Ketua Pengarah JKR (Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool) maklumkan ia akan diubah sedikit untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan di sana.
"Jalan alternatif ini untuk membolehkan kenderaan milik MACA dikeluarkan bagi kegunaan harian. Ia akan mula dibina setelah kerja pemasangan cerucuk besi siap sepenuhnya," katanya.
Beh turut mengulangi kenyataan bahawa kedua-dua bangunan (MACA dan IIM) tersebut setakat ini selamat untuk digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#MACA dan IIM
#bukit tunku
#Pemasangan kanvas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan