awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2024
11:54 MYT
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Dengan penemuan tiga mayat hari ini, kesemua lima mayat mangsa tanah runtuh itu telah dijumpai. - Foto Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Mayat lelaki dan wanita warga Myanmar itu ditemui masing-masing jam 6.10 dan 6.50 petang selepas kerja-kerja menggali dilakukan sebuah jentera berat yang tiba di lokasi sekitar jam 2.15 petang di samping secara manual.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, mayat wanita dikenali sebagai Om Myu, 37, manakala identiti mayat lelaki dikenali sebagai Shing Law Har, 56.
Mangsa ketiga yang ditemui jam 12.15 tengah hari dikenali sebagai Thang Moung, 25.
Dengan penemuan tiga mayat hari ini, kesemua lima mayat mangsa tanah runtuh itu telah dijumpai.
Azri berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima laporan adanya mangsa lain dalam kejadian tersebut.
Serentak dengan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamatkan akan ditamatkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#mayat ditemui
#Ketua Polis Daerah Cameron Highlands
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan