awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Cameron Highlands, jalan utama ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2018
13:52 MYT
Tanah runtuh di Cameron Highlands, jalan utama ditutup
Keadaan tanah runtuh menutup laluan jalan utama. -Sinar Harian
Satu kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Batu 51, Kuala Terla menyebabkan jalan utama dari Kampung Raja ke Cameron Highlands terpaksa ditutup sementara bagi tujuan pembersihan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 5 petang tadi, sebelum menghantar anggota polis ke tempat berkenaan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat limpahan tanah lebih kurang 30 meter di atas jalan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda juga ditemui terjatuh dalam longkang dipercayai akibat ditolak oleh tanah runtuh berkenaan.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa kerana kenderaan itu didapati telah diletakkan di tepi jalan sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan kini sedang giat dilakukan Jabatan Kerja Raya dan Roadcare.
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga berada di tempat kejadian bagi membantu memantau sebarang kejadian tidak diingini, katanya.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul memberitahu,seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 5.07 petang.
Menurutnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian di lokasi tersebut membabitkan laluan sepanjang 80 meter.
"Anggota membuat pemantauan dan sedang menunggu kehadiran pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare bagi kerja-kerja pembersihan," katanya lagi.
Sementara itu,berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, jalan tersebut ditutup dan alternatifnya, orang ramai boleh menggunakan laluan dari Tapah untuk ke kawasan peranginan tersebut.
Berdasarkan laporan itu, punca runtuhan berikutan hujan lebat berterusan dan ikatan tanah yang lemah.
Kerja-kerja pembersihan segera dilakukan selain pemantauan berterusan di lokasi terbabit.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kuantan
#Pahang
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan