awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Pandan Indah: Sebuah kereta terjatuh tebing

Bernama
Bernama
04/11/2024
02:50 MYT
Tanah runtuh di Pandan Indah: Sebuah kereta terjatuh tebing
ACP Mohd Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.35 pagi dan mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan parkir awam yang bersebelahan dengan longkang besar.
"Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diparkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing dan pemilik kenderaan sudah dimaklumkan mengenai kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Setakat 10 pagi ini, kenderaan terbabit masih berada di dalam tebing berkenaan dan usaha mengeluarkannya sedang dijalankan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Pandan Indah
#kawasan parkir
#kereta jatuh tebing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan