awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Puchong: Laporan dijangka siap kurang dari seminggu - Datuk Bandar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/12/2023
17:09 MYT
Tanah runtuh di Puchong: Laporan dijangka siap kurang dari seminggu - Datuk Bandar
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam Sabtu, sembilan buah rumah berhampiran kawasan runtuhan itu diarah mengosongkan kediaman mereka dengan serta-merta. - Foto ihsan MBSJ
PUCHONG: Laporan kajian bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan Taman Wawasan, Puchong dijangka siap dalam tempoh kurang dari seminggu.
Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim memberitahu, kajian itu akan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
"Buat masa ini anggota kita juga sedang menyediakan kajian untuk menentukan sama ada pergerakan tanah itu masih aktif atau tidak, dan kemudian kita akan lihat hasilnya.
"Tapi melihat keadaan semasa, pergerakan tanah masih lagi berlaku," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Fauzi memberitahu, sebagai tindakan segera pihaknya sedang memasang kanvas di kawasan tanah runtuh supaya struktur tanah tidak bergerak.
"Kerja-kerja pemasangan besi cerucuk juga sedang giat dilakukan dan kita sedang mengesan tapak-tapak yang sesuai untuk dipasang besi sepanjang 150 meter itu.
"Kita menjangkakan kerja-kerja ini siap sepenuhnya pada esok (Ahad)," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, MBSJ juga menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) namun hanya sebuah keluarga sahaja yang tinggal di pusat berkenaan sementara yang lain difahamkan tinggal di rumah kenalan atau saudara-mara mereka.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam Sabtu itu, sembilan buah rumah berhampiran kawasan runtuhan itu diarah mengosongkan kediaman mereka dengan serta-merta.
Runtuhan itu melibatkan kawasan seluas 30 meter x 24 meter.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Puchong
#Datuk Bandar Subang Jaya
#taman wawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan