awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
SUKAN
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tanah runtuh: Kerajaan Terengganu bina kediaman baharu untuk keluarga terjejas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
03/01/2024
02:15 MYT
Tanah runtuh: Kerajaan Terengganu bina kediaman baharu untuk keluarga terjejas
Keadaan rumah dua keluarga yang musnah akibat tanah runtuh di Felda Neram 2. - Astro AWANI
KEMAMAN: Kerajaan Negeri Tterengganu akan membina kediaman baharu bagi dua keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di Felda Neram 2, Kemaman.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri menerusi Tabung Bencana Negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM140,000 bagi pembinaan rumah tersebut.
Jelasnya pihak Felda juga telah bersetuju untuk menggantikan dua bidang tanah bagi membolehkan pembinaan semula rumah kedua-dua mangsa di tapak yang baharu.
"Felda sudah bagi tanah dan minta peruntukan segera di bawah Tabung Bencana untuk membina dua buah rumah PPRT.
"Sebuah rumah berharga RM70,000 manakala keluarga yang pertama rumah dia jatuh hampir 30 peratus," katanya.
Beliau berkata pembinaan rumah itu dijangka memakan masa antara enam hingga 10 bulan untuk disiapkan.
Pada Sabtu dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, kesemua mereka sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi yang mencurigakan.
Kejadian itu juga menyebabkan bilik, dapur dan tandas salah sebuah kediaman berkenaan runtuh lalu terjunam ke dalam cerun di belakang rumah mereka.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#tanah runtuh
#Felda Neram 2
#rumah baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami