awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Miri: Kisah duka sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak

Bernama
Bernama
29/01/2025
22:45 MYT
Tanah runtuh Miri: Kisah duka sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang dengan penemuan mangsa terakhir seorang wanita dewasa pada 6.06 petang yang berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian. - Gambar JBPM Sarawak
MIRI: Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, di sini, dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh awal pagi Rabu yang meragut lima nyawa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang dengan penemuan mangsa terakhir seorang wanita dewasa pada 6.06 petang yang berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lima mangsa yang terkorban ialah Sazarena Arabi, 41, Fatimah Dawi, 71, Irsyad Syairah, 16, Nur Raisyah Syahirah, 8, dan Nur Rania Syafiqah, 11.
Semua mangsa tinggal serumah dan dua lagi penghuni rumah berkenaan iaitu Nur Irsalina Syairah, 17, mengalami kecederaan patah kaki kanan dan sedang menerima rawatan, manakala Arabi Samsudin, 71, tidak mengalami kecederaan.
Lima sekeluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah terbabit dalam insiden itu terselamat iaitu Muhammad Mahmud, 60, Nur Athirah Nabinah, 29, Nur Afiqah 29, dan Nur Aqilah Nadirah, 18, manakala Massahan Mustafa, 58, cedera ringan di kaki kiri.
Tragedi berkenaan mendapat perhatian Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut berdukacita dengan kejadian menyayat hati yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan meminta orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Miri
#Tahun Baharu Cina
#Kampung Lereng Bukit
#Bomba Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan