awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Serendah: Pemasangan cerucuk dijangka siap hari ini

Bernama
Bernama
27/11/2016
04:30 MYT
Tanah runtuh Serendah: Pemasangan cerucuk dijangka siap hari ini
Kejadian tanah runtuh berlaku awal pagi Sabtu sekitar jam 1 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Gambar fail
Kerja memasang cerucuk besi bagi memperkukuh tebing tanah yang terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah yang bermula semalam dijangka siap hari ini.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata Jabatan Kerja Raya telah melakukan kerja itu sejak 24 jam lepas.
"Ia dilakukan tanpa henti sejak semalam di kawasan tebing," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu beliau berkata setakat ini 118 penduduk daripada 24 keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Serendah.
"Kami juga sedang mengesan sembilan keluarga yang masih tidak berdaftar. Mungkin mereka pulang ke kampung atau menetap di rumah saudara-mara masing-masing," katanya.
Mohd Fauzi menjelaskan Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Pengairan dan Saliran sedang menyiasat punca keruntuhan sama ada berlaku paip pecah di bawah tanah.
Pihak polis telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh sebagai kawasan larangan Zon Merah dan mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.
Dalam kejadian 1 pagi semalam itu, seorang penduduk cedera, sebuah gerai makan rosak dan 10 kenderaan terjatuh.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#mohd fauzi mohd yatim
#Serendah
#taman idaman
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan