awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani ekstremisme bukan dengan kekerasan semata-mata - TPM Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/01/2018
07:45 MYT
Tangani ekstremisme bukan dengan kekerasan semata-mata - TPM Zahid
Malaysia komited untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman program deradikalisasi kepada 'negara sumber' pengganas. - TPM Zahid
Usaha menangani ideologi ekstremisme dan terrorisme tidak hanya sekadar menggunakan kaedah kepolisan dan ketenteraan, tetapi juga langkah berterusan untuk mendekati hati dan jiwa mereka yang terlibat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, atas sebab itu Malaysia mengambil langkah proaktif untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada negara-negara luar mengenai program deradikalisasi negara ini yang dikatakan telah mencapai 97.5 peratus tahap keberjayaan.
“Malaysia komited untuk menterjemahkan agenda bukan hanya sekadar dialog antarabangsa, tetapi bagi negara yang terlibat, terutamanya apa yang dipanggil sebagai negara sumber yang menimbulkan ramai kumpulan yang terlibat dalam terrorisme, militan, dan ekstremisme.
“Apa yang kita nak tekankan, bukan sekadar layani isu ini dengan kaedah kepolisan dan ketenteraan, tapi tangani jiwa dan minda mereka kerana ini soal ideologi dan soal kepercayaan, yang pada kita telah disalahertikan dan kita lihat ini adalah satu usaha yang harus melibatkan pelbagai agensi di peringkat antarabangsa,” katanya kepada sidang media selepas Majlis Penutup Dialog Sekuriti Antarabangsa Putrajaya 2018 (PSID 2018), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, PSID 2018 merupakan platform yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri, bersama-sama dengan Rabitah al-Alam al-Islami atau Liga Muslim Dunia bagi membincangkan dan merangka pelan tindakan yang lebih proaktif dalam usaha menangani isu berkenaan.
“Ini termasuk soal menangani Islamophobia yang selama ini mewarnai gambaran yang amat berbeda terhadap Islam kerana Islam sendiri sebenarnya mengajar kita mengenai konsep kesederhanaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#agenda
#Dialog Sekuriti Antarabangsa Putrajaya
#Islam
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#Liga Muslim Dunia
#Malaysia
#Putrajaya
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan