KUALA LUMPUR : Isu pendapatan bukan mudah untuk diselesaikan memandangkan ia isu universal yang dialami seluruh dunia ketika ini dan sukar untuk ditangani.
Namun, bagi Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun, isu pendidikan perlu diberi fokus ketika ini.
Jelasnya, selain dapat meningkatan pendapatan individu melalui pendidikan yang baik, ia dapat melahirkan tenaga buruh yang lebih berkualiti.
"Dari sudut pendidikan memang jelas sekali terdapat banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan untuk capai satu tahap pendapatan yang lebih baik dan lebih bermaruah.
"Ini bermakna aspek pendidikan perlu diberi penekanan supaya dapat hasilkan tenga buruh yang mempunyai keyakinan diri, tahap pengetahuan tinggi, berinovasi dan mempunyai kreativiti.
"Ia merupakan suatu pakej yang lengkap supaya para majikan ada minat nak ambil pekerja yang berpotensi," ujarnya menerusi program Pantau Kerajaan Baharu pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) terhadap pertumbuhan produktiviti buruh setahun yang menyasarkan RM57,882 dan purata pendapatan bulanan isi rumah, akhir tempoh bagi RMK12 adalah RM10,065.
Malah jelasnya, kebergantungan negara ketika ini terhadap buruh asing dengan tahap kemahiran rendah juga menunjukkan terdapat masalah struktur dalam ekonomi negara.
Jelasnya, permasalahan ini perlu diteliti walaupun sukar untuk mengenal pasti punca.
"Kita perlu lihat dari soal gaji, ini satu perkara yang tidak boleh dipaksa. Kalau tiba-tiba nak naik gaji, ia bakal menyebabkan kejutan terhadap ekonomi negara.
"Memang benar ada masalah kecekapan dalam pasaran buruh dan dengan penetapan paras gaji minimum dapat sedikit sebanyak menyelesaikan isu pendapatan.
"Namun itu hanyalah satu cara, selebihnya untuk mewujudkan peluang lebih baik untuk rakyat dengan membentuk masa depan lebih baik termasuk dari segi pekerjaan dan perniagaan," ujarnya.
Justeru, beliau menggesa pihak berkepentingan memberikan penekanan terhadap isu pendidikan untuk melahirkan sebuah keadaan yang lebih baik termasuk sikap pekerja yang lebih proaktif.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Dec 06 2022

Malah jelasnya, kebergantungan negara ketika ini terhadap buruh asing dengan tahap kemahiran rendah juga menunjukkan terdapat masalah struktur dalam ekonomi negara. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.

Pembukaan semula Arked Niaga aktifkan aktiviti pelancongan dan ekonomi Wang Kelian
Beberapa kedai mula dibuka hari ini, setelah lapan tahun ditutup akibat pandemik COVID-19 dan penemuan kubur besar pada Mei 2015.

200 usahawan veteran ATM luar bandar dibantu - Adly
Adly Zahari berkata usaha membantu usahawan berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Thailand terima 11.4 juta pelancong asing sejak Januari
Angka itu melepasi paras 11.15 juta orang pelancong dalam tempoh yang sama pada 2022.

Arca pasir mampu jana pendapatan lumayan
Mohammad Ikhwan menyifatkan kerjayanya itu sebagai sesuatu yang mencabar sekali gus memberi kepuasan tersendiri buatnya.

Gaji progresif: Jangan hanya sasar pekerja bawahan
Sistem gaji progresif merupakan peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.

KKDW perkenal PKS bantu masyarakat luar bandar jana pendapatan
Projek rintis program itu telah dilaksanakan di Baling, Kedah, dengan KEDA dilantik sebagai agensi pelaksana.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Pupuk kesedaran pulihara tuntung dan penyu, sambil jana pendapatan
Cekal dan tabah, ibu empat anak ini mampu menjana pendapatan dengan menggunakan mesin jahit yang menjadi 'penyelamat' buatnya sekeluarga.

Penoreh getah beralih kepada tanaman kontan sebagai inisiatif sara hidup
Pekebun terlibat terpaksa beralih kepada tanaman jangka pendek seperti pisang, nanas, ubi kayu atau kelapa.

Nasib sengsara penoreh getah, terpaksa gadai barang kemas
Tanggungan perbelanjaan harian yang semakin tinggi memaksa golongan penoreh getah membuat keputusan terdesak demi meneruskan hidup.