awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani masalah program latihan tidak ikut kehendak pasaran - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2021
23:48 MYT
Tangani masalah program latihan tidak ikut kehendak pasaran - PM
Ismail Sabri berkata, latihan yang sesuai juga boleh diberikan kepada rakyat mengikut kawasan dan keadaan di sesuatu daerah atau negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu penyelarasan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah program-program latihan yang tidak mengikut kehendak pasaran.
Jelas beliau, perkara itu telah dibincangkan dalam Majlis Pekerjaan Malaysia yang mendapati terdapat banyak program latihan yang tidak dapat membantu rakyat menjana pendapatan.
“Contohnya, kalau wanita buat kuih, masak, jahit tetapi kita patut fokus kepada permintaan hari ini. Apa permintaannya ? Sekarang cakap pasal e-bisnes, bisnes dalam talian. Jadi, latihan sepatutnya melibatkan bisnes dalam talian.
“Orang muda pula, gig ekonomi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya. Fokus biar kepada yang ada permintaan. Itu kadang-kadang tidak sepadan. Kursus lain, tapi apabila keluar tiada apa, tidak boleh bekerja dan berniaga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wawancara Rancangan Malaysia Ke-12 Keluarga Malaysia bersama editor kanan media cetak di Menara Parlimen, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, latihan yang sesuai juga boleh diberikan kepada rakyat mengikut kawasan dan keadaan di sesuatu daerah atau negeri.
“Kalau di Pengerang, terdapat sektor minyak dan gas. Langkawi ada pelancongan. Jadi, kursus kena bertepatan dengan tempat tersebut.
“Sekarang ini, kalau kita tengok, kursus banyak yang sama. Jadi, kita sekarang hendak menyelaraskan kalau boleh. Jika tidak, terlampau banyak duit yang digunakan dan akhirnya tiada hasil,” ujar beliau.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#program latihan
#kehendak pasaran
#ismail sabri yaakob
#Majlis Pekerjaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan