awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangkap orang cuba bunuh diri, RUU pinda Akta Kesihatan Mental dibentang

Bernama
Bernama
04/04/2023
08:05 MYT
Tangkap orang cuba bunuh diri, RUU pinda Akta Kesihatan Mental dibentang
Rang undang-undang bagi meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menerusi rang undang-undang tersebut, pegawai intervensi krisis juga boleh menangkap mana-mana orang yang difikirkan mempunyai kecelaruan mental yang boleh berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta.
Selain itu, pegawai intervensi krisis boleh semasa menjalankan kuasa di bawah sub seksyen (2) untuk memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selainnya masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu atau memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.
Menurut rang undang-undang itu, pegawai berkenaan yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan itu, membawa orang berkenaan kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.
Pegawai intervensi krisis yang dinyatakan adalah seperti pegawai polis, pegawai jabatan kebajikan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pada masa yang sama Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023 bacaan kali pertama.
Menurutnya, bacaan kedua bagi ketiga-tiga rang undang-undang itu akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Rang Undang-Undang
#pindaan akta kesihatan mental
#kebenaran tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan