awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tanpa PKPB, 4 juta rakyat akan dijangkiti COVID-19' - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
28/12/2020
13:20 MYT
'Tanpa PKPB, 4 juta rakyat akan dijangkiti COVID-19' - Dr Noor Hisham
Jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu.
"Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan," katanya pada sidang media perkembangan harian COVID-19 di sini hari ini.
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 28 Dis 2020
Dr Noor Hisham berkata berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi.
"Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak laksanakan PKP namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jangkitan COVID-19 terkawal dan seterusnya memutuskan sepenuhnya rantaian penularan.
Katanya beliau yakin jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPB
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kejayaan
#4 juta
#dijangkiti
#COVID-19
#Malaysia
#Berjaya
#mengekang
#penularan
#ekonomi
#kesihatan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan