awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak perkuburan Cina: Kerajaan belum buat keputusan - MB

Bernama
Bernama
22/11/2019
04:57 MYT
Tapak perkuburan Cina: Kerajaan belum buat keputusan - MB
Hanya pertimbangan, belum ada keputusan, kata Aminuddin. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Sembilan belum buat keputusan berhubung permohonan sebuah syarikat bagi membangunkan tanah seluas 141 hektar dalam kawasan Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) untuk tapak perkuburan Cina, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu masih di peringkat kajian dan perbincangan.
"Kita bersetuju untuk buat kajian kerana itu merupakan tanah kuari dan tiada siapa yang mahu buat pembinaan di kawasan tanah bukit yang tinggi.
"Jika memang tiada kemajuan lain, kita akan pertimbangkan cadangan untuk tanah itu dijadikan sebagai tanah perkuburan Cina. Hanya pertimbangan, belum ada keputusan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) pada sesi jawab lisan.
Mohamad juga berkata kerajaan negeri perlu memikirkan semula mengenai perkara itu kerana ia sepatutnya melaksanakan pelaburan berteknologi tinggi yang boleh menjamin pendapatan tinggi kepada negeri dan lebih peluang pekerjaan sepertimana di kawasan Sendayan.
Di bawah projek MVV 2.0, sejumlah 153,411 hektar tanah di Nilai, Seremban dan Port Dickson akan dibangunkan dan dijangka menarik RM294 bilion pelaburan dalam tempoh 30 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Cina
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Negeri Sembilan
#Kajian
#kubur
#Lembah Wawasan Malaysia
#Mohamad Hasan
#MVV 2 0
#Negeri Sembilan
#pelaburan berteknologi tinggi
#perbincangan
#tapak perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan