awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir Malaya berenang ke Singapura

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
07:14 MYT
Tapir Malaya berenang ke Singapura
Dalam video itu, terdapat penampakan bahagian belakang tapir di sepanjang laluan dan apabila ia menyedari sedang dirakam, tapir itu lari masuk ke dalam hutan. - Gambar/ Media sosial
SEEKOR tapir Malaya dikesan di Punggol Park Connector berkemungkinan besar sesat selepas berenang dari Malaysia ke Singapura, menurut Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres).
Pada pagi Sabtu, Richard Seah menyiarkan dalam kumpulan Facebook Singapore Wildlife Sightings bahawa dia baru melihat seekor tapir ' bersaiz babi besar' di Punggol Park Connector yang terletak bertentangan dengan Pulau Coney.
"Ia sangat malu dan melarikan diri," katanya sambil menjelaskan dia tidak sempat mengambil gambar keran ia berlari terlalu pantas manakala rakaman video kamera GoPro terlalu kabur.
Seorang lagi ahli kumpulan itu, MC Wai berkongsi foto dan video tapir di bahagian komen siaran Seah dan berkata dia telah melaporkan penampakan haiwan itu kepada Lembaga Taman Negara.
Dalam video itu, terdapat penampakan bahagian belakang tapir di sepanjang laluan dan apabila ia menyedari sedang dirakam, tapir itu lari masuk ke dalam hutan.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Acres, Kalai Vanan Balakrishnan memberitahu The Straits Times berkata, dia berharap haiwan yang diancam kepupusan itu 'menemui jalan pulang' atau akan di hantar pulang ke habitat asal jika ditangkap.
Pada 2016, seekor tapir Malaya dilihat di Changi pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan) sedang berlari-lari di tepi pagar besi.
Penampakan tapi terakhir direkodkan di Pulau Ubin pada tahun 1986. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#tapir malaysia
#Singapura
#tapir berenang
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan