MELAKA: Seekor tapir dianggarkan seberat 250 hingga 290 kilogram ditemukan sesat di tingkat lima kawasan parkir kenderaan di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini, sebelum ditangkap dan dipindahkan ke Zoo Melaka.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Mohd Firdaus Mahmood berkata pihaknya bersama dengan petugas bomba mengambil masa kira-kira empat jam dalam operasi menangkap dan memindahkan haiwan itu.
"Pihak Perhilitan telah membuat pemerhatian dan cuba mengesan tapir itu sejak dua minggu lepas yang dipercayai sesat dari habitat asal iaitu kawasan hutan di utara Melaka yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.
"Kita juga mendapat maklumat dan panggilan mengenai kewujudan tapir ini di beberapa tempat (sebelum ini) namun tidak berjaya dijejaki sehingga akhirnya ia ditemukan hari ini, sesat di tingkat lima, ia dipercayai naik ke tingkat atas mengikut laluan kenderaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pada mulanya 10 anggota Perhilitan digerakkan ke hotel berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kemunculan haiwan itu, dan mereka menunggu tapir itu sehingga ia tenang dan stabil sebelum menangkapnya.
Katanya tapir itu mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki dan dipindahkan ke Zoo Melaka untuk dirawat sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.
Sementara itu komander operasi bomba Melaka, Pegawai Bomba Kanan II Sopian Hassan berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kemunculan haiwan itu pada kira-kira pukul 9.04 pagi.
"Sejurus tiba lima minit kemudian di lokasi kita dapati ada seekor tapir di tingkat lima hotel dan meminta Perhilitan untuk menangkap haiwan itu. Operasi tamat pada pukul 2.30 petang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023

Tapir itu mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki dan dipindahkan ke Zoo Melaka untuk dirawat sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak. - Gambar/ Bernama

Pemilihan jenis sukan di Sukma 2024 dibuat secara terbuka, tanpa sebarang prejudis
Pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak dibuat secara terbuka, melalui kerjasama semua pihak berkepentingan tanpa sebarang prejudis.

Isteri Hafidz Roshdi terima saman daripada 'pihak ketiga'
Nurul Shuhada memaklumkan 'pihak ketiga' memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Arab saudi tumpu sektor teknologi, industri beralih dari hasil minyak
Arab Saudi akan beri tumpuan kepada sektor teknologi dan industri sebagai pemacu utama ekonomi. Ia sebagai peralihan daripada kebergantungan kepada hasil minyak.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Demi kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan komen lagi
Enggan isu itu berlarutan sehingga mengganggu kesihatan mental isteri dan anak-anak, beliau memutuskan untuk tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Tapir sesat masuk tingkat 5 parkir hotel
Seekor tapir dianggarkan seberat 250 hingga 290 kilogram ditemukan sesat di tingkat lima kawasan parkir kenderaan di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka.

Tapir sesat sebelum jatuh longkang
Seekor tapir sesat berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Kampung Tegaru, Manir, Kuala Terengganu.