awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif air dijangka naik

Bernama
Bernama
08/01/2019
21:23 MYT
Tarif air dijangka naik
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bersama SPAN sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum melaksanakan kadar tarif air yang baharu. - Gambar hiasan
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.
"Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri," katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini pada Selasa.
Beliau berkata kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.
"Kita telah mengemukakan business plan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka... ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air," katanya.
Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A Xavier Jayakumar
#air
#bekalan air
#business plan
#industri
#kenaikan
#kerajaan
#kerajaan negeri
#Menteri Air Tanah dan Sumber Asli
#pengguna
#perbincangan
#perkhidmatan
#rakyat
#SPAN
#struktur semula
#Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan