awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST

Bernama
Bernama
04/02/2025
15:52 MYT
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar. - Facebook Suruhanjaya Tenaga
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan penentuan jadual tarif elektrik baharu tidak membebankan pengguna domestik serta mengambil kira semua sudut ekonomi negara, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar, lebih kompetitif serta memastikan sektor tenaga dapat mengekalkan keseimbangan dari segi keterjaminan, kemampanan dan mampu milik.
Menurut ST, sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan pemain industri dan komuniti perniagaan berkaitan kenaikan tersebut akan disegerakan.
"Sesi libat urus ini bertujuan memperincikan lebih lanjut berkenaan proses pemuktamadan jadual tarif yang mengambil kira kepentingan serta respons daripada semua pihak termasuk pemain industri dan komuniti perniagaan.
"Sesi ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada pemain industri dan komuniti perniagaan untuk berkongsi serta mengetengahkan sebarang pandangan dan pendapat berkenaan jadual tarif elektrik yang bakal dimuktamadkan dan diumumkan oleh kerajaan kelak," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Julai ini.
Beliau berkata ia tidak akan memberi kesan kepada 85 peratus isi rumah dan hanya melibatkan sektor industri dan golongan maha kaya mengikut kaedah Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).
Tarif asas elektrik di Malaysia ditetapkan oleh ST di bawah kerangka Kawalselia Berasaskan Insentif (IBR) dan disemak setiap tiga tahun.
Selain tarif asas, terdapat mekanisme ICPT yang disemak setiap enam bulan bagi melaraskan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api.
Semakan tarif seterusnya akan dilakukan pada Julai 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#tarif elektrik
#pengguna domestik
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan