NATIONAL
Tarif timbal balik: Kerajaan pertimbang pakej insentif khas selepas rundingan selesai

Tengku Zafrul berkata selain menilai kesan terhadap kedudukan fiskal negara, kerajaan fokus kepada rundingan timbal balik bersama AS bermula hari ini yang membawa objektif supaya tiada tarif dikenakan ke atas Malaysia. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pakej insentif khas selepas rundingan tarif timbal balik secara rasmi dengan Amerika Syarikat (AS) selesai.
Ringkasan AI
- MITI akan mempertimbangkan pakej insentif khas selepas rundingan tarif timbal balik dengan Amerika Syarikat selesai.
- Rundingan ini bertujuan memastikan tiada tarif dikenakan ke atas Malaysia, terutama dalam sektor penting.
- MITI perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menilai impak pakej khas ke atas kedudukan fiskal negara.
"Pada masa ini, kita tahu tarif asas ke atas Malaysia adalah 10 peratus. Namun pada masa yang sama ada sektor tidak dikenakan tarif.
"Once we know (selepas rundingan tamat), siapa yang terkesan, syarikat mana yang terkesan dan juga rantai bekalan yang terkesan, pada masa itu kita boleh buat keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam sidang media pengumuman kad laporan prestasi MITI suku pertama 2025 pada Selasa.
Beliau berkata, MITI perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi melihat impak pakej khas ke atas kedudukan fiskal negara.
“Pihak MITI mahu bantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tetapi ada beberapa isu yang perlu kita perhalusi dari segi kedudukan fiskal negara,” katanya.
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah diadakan semalam berhubung isu tarif timbal balik AS.
Pada sidang media selepas mesyuarat khas itu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, rundingan tarif akan bermula hari ini dengan sifar tarif ke atas Malaysia digariskan sebagai objektif utama.
Pada 24 April lalu, Tengku Zafrul mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Washington untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami