awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos

Bernama
Bernama
01/08/2018
04:09 MYT
Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos
Jawatankuasa-jawatankuasa itu diperkenan melihat anak bulan Zulhijah di 29 tempat ditetapkan. - Gambar hiasan
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 11 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1439 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Pengisytiharan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban akan dibuat melalui radio dan televisyen pada malam itu.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa penetapan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa itu diperkenan melihat anak bulan Zulhijah di 29 tempat ditetapkan.
Tempatnya ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (ketiga-tiganya di Selangor).Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar (ketiga-tiganya di Kedah) ; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kusza, Setiu (ketiga-tiganya di Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu yang ketiga-tiga di Kelantan.
Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#anak bulan
#Hari Raya Qurban
#Majlis Raja-Raja
#penyimpan mohor besar
#rukyah
#Zulhijah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan