awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taska boleh beroperasi jika dapat kelulusan JKM - Rina Harun

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/11/2020
09:12 MYT
Taska boleh beroperasi jika dapat kelulusan JKM - Rina Harun
Prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan taska itu telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) awam dan swasta dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, pembukaan taska berkenaan bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada PKPB sebelum ini.
Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan ibu bapa di sektor swasta yang perlu bekerja dan memastikan ekonomi terus bergerak sepanjang PKPB.
"Ibu bapa masih lagi perlu bekerja, kalau sektor awam hanya 30 peratus dibenar bekerja yang selebihnya bekerja dari rumah dan mengikut giliraan tetapi untuk sektor swasta ia bergantung kepada syarikat masing-masing jadi ada keperluan untuk taska dibuka.
"Saya juga mendapat banyak aduan daripada ibu bapa supaya ia dibuka mengikut SOP sedia ada," katanya dalam sidang media di sini.
Katanya SOP pembukaan taska itu telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara SOP yang perlu dipatuhi di taska ialah ibu bapa perlu memandikan anak di rumah sebelum dihantar ke taska selain anak-anak juga perlu dihantar mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan sekiranya kesemua ibu bapa menghantar anak masing-masing ke taska pada masa yang sama.
PKPB dilaksanakan di Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis sehingga 6 Disembert ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#taska
#jkm
#SOP
#Kanak-kanak
#ekonomi
#operasi
#pembukaan taska
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan