awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taska dibenar beroperasi dengan SOP yang ketat - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/01/2021
12:23 MYT
Taska dibenar beroperasi dengan SOP yang ketat - Ismail Sabri
Taska dibenarkan beroperasi sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dengan pelaksanaan SOP yang ketat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kerajaan membenarkan pengoperasian pusat dan taman asuhan kanak-kanak (Taska) bagi memudahkan ibu bapa yang terpaksa bertugas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran diberikan berikutan masih terdapat pejabat-pejabat kerajaan yang masih dibuka dan juga syarikat-syarikat swasta.
“Oleh kerana pejabat-pejabat perkihdmatan awam masih dibuka kita terima aduan akan sukarkan ibu bapa yang bekerja sekiranya anak-anak mereka tidak dihantar ke taska dan sebagainya.
“Kita mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terhadap ibu bapa yang menghantar anak mereka termasuk pihak pengurusan taska juga dikenakan SOP yang ketat," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Sebelum ini, wujud keluhan dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa berdepan kesukaran apabila tidak boleh menghantar anak-anak mereka di pusat asuhan dan taska.
Ini berikutan ada dalam kalangan ibu bapa yang terpaksa ke pejabat selain yang bekerja di rumah sekali gus menyukarkan pengurusan jadual harian mereka.
Topic Berkaitan
#SOP
#ismail sabri yaakob
#PKP
#taska
#pusat asuhan
#TABIKA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan