Skip to main content

Malaysia

Taska, Tabika Perpaduan platform bentuk kefahaman terhadap kepelbagaian masyarakat

Saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Taska Perpaduan Taman Universiti, Skudai, Johor. Lawatan ini amat bermakna kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana institusi pendidikan awal seperti Taska dan Tabika Perpaduan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan negara._FB Yuneswaran Ramaraj
Yuneswaran berkata tugas mengasuh dan mendidik anak-anak kecil memerlukan tahap kesabaran tinggi di samping dedikasi dan kasih sayang berterusan. - Gambar Facebook Yuneswaran Ramaraj

JOHOR BAHRU,: Taska dan Tabika Perpaduan berperanan sebagai platform asas dalam membentuk nilai kehidupan bersama, memupuk sikap saling menghormati serta memperkukuh kefahaman terhadap kepelbagaian masyarakat sejak kecil.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, kementerian itu, sentiasa memberi keutamaan terhadap agenda pendidikan awal dalam usaha menyemai nilai perpaduan.

Advertisement

“Di daerah Johor Bahru sahaja terdapat 47 Tabika dan sebuah Taska Perpaduan, ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan ruang integrasi sosial, khususnya kepada masyarakat bandar,” katanya ketika berucap dalam lawatan kerja ke Taska Perpaduan Taman Universiti, di sini, pada Jumaat.

Lawatan itu bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan anak-anak, antara lain memperkukuh pendidikan awal berteraskan perpaduan, selaras aspirasi melahirkan generasi yang saling menghormati, hidup dalam suasana harmoni dan menghargai kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara.

Yuneswaran berkata, tugas mengasuh dan mendidik anak-anak kecil memerlukan tahap kesabaran tinggi di samping dedikasi dan kasih sayang berterusan.

“Anak-anak perlu dididik agar melihat kepelbagaian kaum bukan sebagai jurang pemisah, tetapi sebagai kekuatan yang menyatukan rakyat dan memperkukuh negara,” katanya.

Beliau berkata, kepentingan kerjasama berterusan antara guru, ibu bapa dan komuniti melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memastikan ekosistem perpaduan pada peringkat akar umbi terus subur.

-- BERNAMA

Must Watch Video