awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Mangkhut: Mangsa korban kini cecah 59 orang

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2018
20:59 MYT
Taufan Mangkhut: Mangsa korban kini cecah 59 orang
Orang ramai yang dalam proses berpindah menunggu sambil seorang pekerja menggergaji pokok yang tumbang susulan kejadian tanah runtuh yang menimbus pelombong akibat Taufan Mangkhut di Itogon, wilayah Benguet, utara Filipina, 16 Sept, 2018. (Foto AP)
Jumlah kematian akibat Taufan Mangkhut yang melanda Filipina Jumaat dilaporkan meningkat kepada 59 setakat ini, apabila lebih ramai mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh berjaya ditemui.
Pihak berkuasa tempatan berkata, operasi mencari akan diteruskan pagi Isnin dalam usaha membawa keluar 24 pelombong yang dikhuatiri maut selepas kem mereka ditimbus tanah runtuh berhampiran bandar Baguio.
BACA: Taufan Mangkhut: Angka korban cecah 49 orang
Disifatkan taufan terburuk tahun ini, Mangkhut turut membadai China setelah meninggalkan kemusnahan teruk di Hong Kong dan Macau.
Mangkhut membadai Hong Kong dengan kelajuan angin melebihi 230 kilometer sejam dan mencederakan lebih 200 orang sebelum tiba di bandar Jiangmen di selatan wilayah Guangdong pada Ahad.
Pihak berkuasa wilayah mengatakan sejumlah 2.37 juta penduduk telah dipindahkan, manakala puluhan ribu bot nelayan diarahkan kembali ke pelabuhan sebelum ketibaan 'Raja Taufan' itu.
Sementara itu, China Central Television (CCTV) melaporkan, taufan Mangkhut telah meragut dua nyawa di Guangdong. - Agensi
Topic Berkaitan
#angka korban
#Baguio
#China
#Filipina
#mangsa
#meningkat
#pelombong
#tanah runtuh
#Taufan Mangkhut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan