awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan

Bernama
Bernama
05/12/2023
15:06 MYT
Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan
Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa berkata kementerian itu memantau rapat perkembangan taufan yang menjejaskan Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpattu di Tamil Nadu serta Nellore dan Bapatla di Andhra Pradesh.
"Taufan yang membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer itu yang mengakibatkan banjir serta gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin turut menghentikan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai
"Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di talian +91-11-2415 9300/+91-85955 50594 (selepas waktu kerja) atau faks ke +91-11-2688 1538 dan menerusi e-mel [email protected] atau laman sesawang https://www.kln.gov.my/web/ind_new-delhi/home.
Konsulat Jeneral di Chennai pula boleh dihubungi melalui talian +914424334434/35/36/ +917550022001 atau menerusi e-mel [email protected] dan laman Facebook; https://www.facebook.com/mwchennai.chennai.
Bernama melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan terkorban di negeri Tamil Nadu akibat insiden berkaitan hujan di beberapa kawasan di ibu negara Chennai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Taufan Michaung
#selatan India
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan