KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang benar-benar mahir dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai agama Islam sahaja yang boleh diberikan tauliah untuk mengajar atau ceramah di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keperluan Tauliah Mengajar bukanlah untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama.
Baginda yang berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyeru umat Islam di negeri Selangor agar memahami dan menghayati intipati Khutbah Jumaat bertajuk “Tauliah Mengajar, Suatu Keperluan".
Baginda juga bertitah, keperluan Tauliah Mengajar juga adalah sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.
"Justeru, bagi memastikan agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah memfitnah dan bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara maka tauliah diperlukan," titah baginda pada Jumaat.
Baginda turut berpesan kepada pemegang tauliah supaya tidak mencampuradukkan isu agama dengan politik kepartian dan permusuhan sesama Islam.
Pemegang tauliah juga diingatkan agar tidak menyelitkan apa-apa perkara yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan terhadap mana-mana agama.
Selain itu, mereka juga dilarang membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana kerajaan, atau mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk di negara ini.
Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk menitahkan agar tauliah terhadap mana-mana pihak ditarik balik atas sebab-sebab tertentu demi memelihara kesucian agama Islam dan mengelak perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam.
"Undang-undang telah menetapkan seseorang yang ingin mengajar agama, hendaklah mempunyai tauliah mengajar yang dikeluarkan berdasarkan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2016," titah baginda lagi.
Justeru, Baginda mengingatkan kepada sesiapa yang ingin mengajar agama atau diundang untuk mengajar di masjid atau surau di seluruh Selangor untuk memohon Tauliah Mengajar.
Astro Awani
Fri Mar 10 2023

Sultan Selangor bertitah, keperluan Tauliah Mengajar juga adalah sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam. -Gambar fail

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini
Wan Ji Wan Hussin dipenjara bermula Isnin selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, berhubung sabitan kes menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, 11 tahun lalu.

Fitnah ceramah politik di masjid, Fahmi Fadzil saman tiga individu
Fahmi memfailkan saman terhadap tiga individu termasuk blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai "Papagomo" atas dakwaan memfitnah.

Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor.

Sultan Selangor seru pemimpin buat keputusan cepat kembalikan aspirasi ekonomi rakyat
Sultan Sharafuddin bertitah mahu agar Malaysia kembali menjadi sebuah negara merdeka yang berdaya maju serta disegani.

Fitnah sekolah tahfiz: Laporan diserah ke Bukit Aman
Tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sultan Selangor titah siasat pemfitnah sekolah tahfiz
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup amat dikesali dan tidak bertanggungjawab.

Segerakan kaji kompentensi DUN gubal undang-undang syariah - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah satu jawatankuasa khas perlu segera ditubuhkan.

Kerajaan tekad terus perkasa hal ehwal Islam - PM Anwar
Kerajaan bertekad untuk terus memperkasakan soal tadbir urus melibatkan hal ehwal Islam di negara ini selari dengan hasrat Majlis Raja-Raja.

Sultan Selangor harap semua negeri dapat anggotai MKI secara rasmi
Sultan Selangor menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Titah Sultan Selangor sempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Ke-70
Titah Sultan Selangor sempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-70