MALAYSIA
Tawaran Hishamuddin menarik, tapi biarlah kerajaan buat - KJ

Menurut Hishammuddin, beliau secara peribadi sedia membantu mengesan Jho Low di China bagi menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Gambar fail
Tawaran Datuk Seri Hishamuddin Hussien untuk menjejaki ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low disifatkan menarik tetapi biarlah ia dilakukan kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, usaha membawa pulang Jho Low yang menjadi suspek dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya dibuat dalam kapasiti peribadi.
Katanya, usaha tersebut sepatutnya melibatkan hubungan dua hala negara antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China.
“Perkara seperti ini melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia, dan melibatkan undang-undang dan sebagainya.
“Satu kenyataan yang menarik daripada Datuk Seri Hishamuddin untuk cari Jho Low tetapi kalau beliau ada maklumat saya harap dapat diberikan kepada pihak kerajaan.
“Sebab itu cara yang terbaik untuk bawa pulang Jho Low yang diperlukan untuk siasatan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Katanya tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadi dan berharap agar kes 1MDB dapat diselesaikan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami