Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tawaran jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya sebagai sebuah cerita karut yang sengaja diada-adakan.
Katanya, cerita itu hanya rekaan sedangkan beliau masih lagi seorang ahli UMNO dan taat setianya kepada parti tidak pernah berbelah bagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Lojing, di sini pada Jumaat.
Tengku Razaleigh diminta mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang mengatakan ada tawaran secara sulit oleh pihak Pakatan Rakyat kepada beliau untuk jadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum nanti.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Tengku Razaleigh mengaku dirinya antara pemimpin veteran UMNO yang masih bergerak aktif di negara ini.
Katanya, walaupun veteran, beliau masih mampu memberikan khidmat kepada rakyat termasuk melaksanakan program pembangunan di kawasan Gua Musang.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmian majlis, Tengku Razaleigh mengakui beliau antara pemimpin veteran UMNO yang masih bergerak aktif di negara ini.
"Walaupun veteran, tetapi saya masih mendapat sokongan rakyat dan mampu melaksanakan pelbagai kemajuan sebagaimana kebanyakan penduduk nikmati sekarang ini," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli juga diberi keutamaan dalam melaksanakan kemudahan termasuk jalan perhubungan.
"Saya dulu menang dengan majoriti besar pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) kerana pembangkang sukar berkempen Orang Asli untuk menyokong mereka berikutan ketika itu tidak mempunyai jalan perhubung.
"Sekarang pembangkang boleh masuk ke kampung Orang Asli dengan mudah kerana sudah disediakan kemudahan perhubungan, itu pun sokong masih memihak kepada saya," katanya.
Tengku Razaleigh telah menjadi ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 lagi.
Astro Awani
Fri Mar 08 2013
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.
'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan berkenaan perpindahan dana AS$7 juta yang diajukan media tempatan. Astro AWANI mengupas respon utama beliau mengenai isu ini.
Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias
Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin tidak mempunyai merit.
'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.
ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu
NGO itu mahu masyarakat dunia mengiktiraf negara ini sebagai warisan dan hak orang Melayu kerana orang Melayu telah ada di tanahair ini jauh lebih lama berbanding kaum-kaum lain.
Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri
Tanggungjawab kerajaan dan keutamaan saya adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung kepada faktor-faktor ini.
Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pempetisyen tidak menyatakan fakta yang jelas dan mencukupi.
BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat.
BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.