awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat

Kenyataan Media
Kenyataan Media
22/05/2023
13:58 MYT
Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat
Peraturan Pengambilalihan, Pencantuman dan Pengambilalihan Wajib yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menetapkan bahawa syarat tersebut perlu dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas Tarikh Tutup Pertama.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhasrat untuk mengumumkan bahawa tawaran pengambilalihan ke atas Boustead Holdings Berhad (BHB) telah menjadi tidak bersyarat selepas berjaya memenuhi syarat sebelum Tarikh Tutup Pertama Tawaran pada 22 Mei 2023.
Dalam kenyataan dikeluarkan LTAT, kelulusan Bank Negara Malaysia di bawah Seksyen 87(1), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Seksyen 99(1), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang membenarkan LTAT memperoleh sehingga 100 peratus kepentingan ekuiti dalam BHB yang turut memberikan kesan perubahan kepada kepentingan ekuiti LTAT dalam Kumpulan Affin Bank Berhad.
Peraturan Pengambilalihan, Pencantuman dan Pengambilalihan Wajib yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menetapkan bahawa syarat tersebut perlu dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas Tarikh Tutup Pertama.
Pada 17 Mei 2023, LTAT telah memenuhi syarat pegangan 90% untuk menyahsenaraikan saham BHB. Pada masa ini, pegangan saham LTAT di dalam BHB adalah sebanyak 92.5% yang dikumpulkan daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka dan penerimaan daripada pemegang saham melalui Tawaran.
Tawaran ini akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5.00 petang (waktu Malaysia) pada 12 Jun 2023.
Tiada perubahan ke atas butiran lain, terma dan syarat Tawaran seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Tawaran.
Topic Berkaitan
#LTAT
#Boustead Holdings Berhad
#Bank Negara Malaysia
#pengambilalihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan