awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka

Bernama
Bernama
30/12/2020
21:24 MYT
Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Mulai 1 Jan perkhidmatan feri sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang individu. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan membuka tawaran Permohonan Cadangan (RFP) kepada mereka yang berminat mengubah suai feri sedia ada untuk dijadikan produk pelancongan.
Pengerusinya Datuk Tan Teik Cheng berkata bagi mengekalkan nilai sejarah serta elemen ikonik negeri itu, dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.
"Ia bertujuan memperingati sumbangan feri-feri Pulau Pinang kepada identiti kebudayaan dan warisan negeri ini. Oleh yang demikian, SPPP akan membuka tawaran RFP kepada orang ramai yang berminat untuk mengambil peluang terhadap tawaran itu nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Tan turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan feri tidak akan terputus dan tambang feri sedia ada akan dikekalkan walaupun bermula 1 Jan, pengguna akan mengunakan perkhidmatan bot laju baharu.
Katanya pengguna akan menikmati perkhidmatan bot laju baharu secara percuma selama dua minggu.
"Mulai 1 Jan perkhidmatan feri sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang individu," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan menyatakan fasa pemodenan perkhidmatan feri akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air (untuk penumpang pejalan kaki) bermula 1 Jan, diikuti dengan dua pengangkut kenderaan yang hanya membawa kenderaan dua roda (motosikal dan basikal) yang akan beroperasi mulai 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#pelancongan
#bot
#feri
#Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
#SPPP
#feri ikonik
#baik pulih
#naik taraf
#produk pelancongan
#Warisan
#ubah suai
#fasa pemodenan
#Tan Teik Cheng
#bot laju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan