TAWAU: Tawau akan menjadi lokasi strategik di Malaysia untuk melihat fenomena gerhana matahari separa pada tahun hadapan dengan peratus litupan matahari mencecah hampir 50 peratus.
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata mengikut kiraan astronomi tarikh berlaku fenomena itu pada 20 April, iaitu waktu tengah hari dan pada bulan puasa.
"Tawau adalah lokasi terbaik mencerap atau meneropong gerhana matahari ketika itu, berbanding di tempat lain misalnya di Semenanjung Malaysia pun hanya lima hingga 15 peratus litupan," katanya ketika berucap pada majlis penutupan jelajah astronomi pantai timur Sabah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Alam di sini semalam.
Anita turut memohon persetujuan daripada Majlis Perbandaran Tawau serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Planetarium Negara agar pihak Planetarium Negara dibenarkan untuk mengadakan program bersama masyarakat Tawau pada tarikh tersebut sekali gus menyaksikan keajaiban gerhana matahari.
"Sebenarnya pada tahun hadapan kita alami gerhana matahari hibrid, hibrid ini jarang berlaku mungkin dalam 20 hingga 30 tahun, terdapat satu masa pada hari sama akan berlaku gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin (anulus) dan di sini adalah laluan paling akhir matahari separa," katanya lagi.
Menurutnya, pihaknya bersedia membawa peralatan termasuk pelbagai jenis teleskop khas untuk matahari serta membawa pakar-pakar astronomi yang akan membantu menerangkan kepada masyarakat mengenai fenomena itu dan kesannya dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, Anita mengalu-alukan penyertaan termasuk badan bukan kerajaan, pihak pelancongan serta kerajaan Sabah melalui KSTI untuk memperhebatkan usahasama promosi astronomi.
"Selain mengenal pasti lokasi di Sabah yang boleh diwartakan sebagai kawasan pelancongan astronomi," katanya lagi.
Sementara itu, Yakub berkata KSTI mengalu-alukan Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa di Tawau pada tahun hadapan.
Mengenai Jelajah Astronomi katanya program itu berjaya menarik 14,000 orang hadir di tiga lokasi jelajah yang diadakan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau dan ini membuktikan ilmu astronomi mampu menarik minat masyarakat di Sabah.
"Penganjuran program ini merupakan kolaborasi ketiga di antara KSTI dan Planetarium Negara selepas Karnival Sains Sabah 2021 dan Pertandingan Video Pendek Kelestarian Alam Semesta," katanya.
Menurutnya program jelajah astronomi itu satu platform dan usaha kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam meningkatkan kadar bilangan pelajar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di Sabah yang ketika ini baru mencapai 27 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Fenomena Gerhana Matahari Separa yang dilitupi awan gelap. - Gambar fail/BERNAMA

BNM unjur KDNK Malaysia berkembang antara 5.3 peratus dengan 6.3 peratus bagi 2022
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 5.3 peratus dengan 6.3 peratus bagi 2022 walaupun pertumbuhan ekonomi global dijangka lebih perlahan tahun ini.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal itu, semua kenyataan yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej Melaka.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan Goldman Sachs dan keluarga Zeti Akhtar.

Wanita maut dilanggar bas mini di Tawau
Akibat jarak yang terlalu dekat, bas mini terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki tersebut.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 8 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

Kanak-kanak OKU hilang dikhuatiri lemas ditemui selamat
Kanak-kanak terbabit ditemui penduduk kampung 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Kanak-kanak OKU dikhuatiri lemas ketika ziarah saudara sempena Aidiladha
Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, mengikut ibunya menziarahi rumah saudara di kawasan itu sempena sambutan Aidiladha.

Rogol kanak-kanak tujuh tahun, lelaki dipenjara 28 tahun 22 sebatan
Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan.

Polis Tawau rampas 6 kilogram syabu disembunyi dalam bungkusan beras
Polis Tawau berjaya menangkap dua lelaki tempatan bersama enam kilogram syabu.

Memandu dalam keadaan mabuk, 3 lelaki dipenjara sehari, denda hingga RM15,000
Padah memandu dalam keadaan mabuk, tiga lelaki dihukum penjara sehari dan denda antara RM10,000 hingga RM15,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Warga emas dan seorang lagi rentung dalam kebakaran
Seorang warga emas dan satu lagi wanita ditemui rentung dalam satu kebakaran melibatkan lima buah rumah lewat malam tadi.

Tawau lokasi strategik lihat gerhana matahari separa tahun depan
Mengikut kiraan astronomi, tarikh berlaku fenomena itu pada 20 April, iaitu waktu tengah hari dan pada bulan puasa.

Polis Tawau tahan lelaki miliki lebih 7 kilogram syabu
Polis Tawau berjaya merampas lebih tujuh kilogram dadah jenis syabu dan menahan seorang lelaki tempatan.