SIK: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata sehingga kini TDM masih belum menerima sebarang perkhabaran berkaitan perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu walaupun sebelum ini kontraktor telah berjanji untuk membuat penghantaran pertama bulan ini.
"Kita amat-amat berharap mereka dapat mengotakan janji kerana seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini tempoh penghantaran pun sudah terlewat, sepatutnya kita menerima pesawat pertama pada November tahun lepas.
"Sekarang, dah lebih lima bulan, masih tiada apa berita. Jadi, kita masih beri peluang hingga hujung bulan April, sekiranya masih tiada apa-apa perkhabaran, kita akan ambil tindakan susulan melalui Kementerian Pertahanan selaku pengurus kontrak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota dan pegawai operasi di Kem Gubir di sini hari ini.
Menurut Muhammad Hafizuddeain pihaknya amat berharap agar kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu pada bulan ini.
"Kita amat memerlukan keupayaan 'medium lift' ini untuk melaksanakan operasi seperti di sini (Kem Gubir) dan di kawasan pedalaman.
"Jadi nanti perancangan kita untuk meletakkan beberapa (pesawat) di sini (Semenanjung) dan beberapa di Sabah dan Sarawak untuk kita beri bantuan juga untuk operasi di sebelah sana," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata pesawat-pesawat berkenaan juga akan digunakan oleh pasukan 10 Briged Para bagi latihan penerjunan.
"Setakat ini, TDM banyak bergantung pada Tentera Udara Diraja Malaysia bagi urusan pengangkutan operasi dan logistik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercakap pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Markas Taktikal Kem Gubir hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk April ini
Penghantaran peringkat pertama sebuah daripada empat helikopter Sikorsky UH-60A Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.
Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat Khamis ini
Pelbagai pengisian menarik akan ditampilkan pada sambutan bertemakan "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" itu.
Lemas di kolam latihan tentera: TDM tubuh lembaga siasatan
TDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kes lemas membabitkan tiga mangsa di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh.
TDM terima peralatan sokongan untuk kegunaan Op Murni berjumlah RM100,000
Ia bagi perolehan peralatan sokongan untuk digunakan semasa operasi dan fasa pasca banjir.
Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota ATM diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.
Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo di Tawau, Kalabakan
Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini.
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.
TDM akan terima dua kepimpinan tertinggi baharu esok - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM)akan menerima beberapa kepimpinan tertinggi baharu bermula esok.
Lebih 39,000 anggota, pegawai dan pasangan TDM laksana undi awal pada 8 Ogos
Lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan, terbabit dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.