SEGAMAT: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata perkara berkenaan kini menjadi cabaran utama TDM memandangkan ada beberapa aset, terutamanya aset tempur telah berusia walaupun terdapat beberapa aset lain yang baharu.
Beliau berkata usaha memodenkan aset TDM perlu kerana aset tempur yang lama seperti kenderaan perisai memerlukan kos yang tinggi untuk proses selenggara selain agak terkebelakang dari segi teknologi serta pada masa yang sama pihaknya perlu mengimbangi aset baharu dan yang lama.
"Selain mendapatkan aset baharu, kita juga perlu mengekalkan operasi aset sedia ada dan kerjasama yang baik daripada pihak kerajaan perlu berterusan agar program memodenkan dan selenggaraan aset dapat berjalan lancar selain keperluan perolehan peruntukan tertentu.
"Saya juga ingin maklumkan kekuatan TDM kini berada pada tahap 80 peratus yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga secara puratanya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat di sini hari ini.
Berkenaan sambutan berkenaan, Muhammad Hafizuddeain berkata tema kali ini ialah "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" yang melibatkan 38 pegawai dan 1,244 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 6 detasmen perbarisan.
Perbarisan diketuai Lt Kol Mohd Shahrul Hamidon daripada Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja itu turut diserikan dengan peragaan 78 aset TDM.
"Antara aset TDM terlibat ialah kereta kebal utama PT-91 Pendekar, meriam 155mm, kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 'Lipan Bara', kereta perisai 'Gempita' dan Sistem Roket Lancar Berganda (MLRS) ASTROS 11.
"Pertunjukkan payung terjun aras tinggi oleh enam anggota Rejimen 11 Kor Grup Gerak Khas (GGK) selain lintas hormat udara oleh lima helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) turut dipertontonkan," katanya.
Pada sambutan itu, Muhammad Hafizuddeain turut menyampaikan Pisau Tentera Darat serta Penganugerahan Sijil Keberanian kepada Koperal Ronald Manchik yang menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Kem Terendak, Melaka pada 13 Okt 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Muhammad Hafizuddeain berkata tema kali ini ialah "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" yang melibatkan 38 pegawai dan 1,244 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 6 detasmen perbarisan. - Gambar Bernama
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Komuniti perniagaan perlu teroka peluang di Kazakhstan - PM
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
Kerajaan teruskan sistem e-Jamin selari aspirasi pendigitalan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem E-Jamin bagi memudahkan urusan ikat jamin, selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat PM Anwar Ibrahim.
Malaysia-Uzbekistan teroka kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan Petronas terutamanya melalui projek metanol-kepada-olefin dan hidrogen hijau.
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
TDM sentiasa kerjasama dengan ATM, MINDEF untuk pemodenan aset
TDM akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan ATM dan MINDEF bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.
Helikopter PUTD terhempas, semua empat anggota tentera selamat
Helikopter terbabit sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat.