TASHKENT: Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata, Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, terutamanya melalui projek metanol-kepada-olefin (MTO), hidrogen hijau dan pengeluaran berkaitan, termasuk ammonia hijau.
"Kedua-dua pihak mengalu-alukan potensi sumbangan Petronas menerusi latihan kepada kakitangan Uzbekistan dalam sektor minyak dan gas," demikian menurut kenyataan itu.
Uzbekistan mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan Islam terbesar di dunia dan bersedia menyediakan bantuan yang diperlukan kepada bank-bank Malaysia untuk menyertai pasaran kewangan negara tersebut bagi menjalin kerjasama dalam bidang kewangan Islam.
“Malaysia mengambil maklum tentang minat itu dan bersedia untuk mengadakan libat urus dengan Uzbekistan mengenai pembangunan ekosistem kewangan Islam di Uzbekistan.
"Para pemimpin komited untuk meningkat dan mengukuhkan rangka kerja kerjasama berasaskan perjanjian dua hala melalui permeteraian dokumen jangka panjang baharu dalam pelaburan, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan, inovasi, kastam dan bidang kepentingan bersama yang lain,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Mirziyoyev sebelum mengadakan mesyuarat bersama presiden itu.
Semasa pertemuan selama sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Anwar dari Kazakhstan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).
Uzbekistan adalah persinggahan terakhir bagi lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah.
Sebelum itu, Perdana Menteri melawat Republik Kyrgyz dan Kazakhstan. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Perdana Menteri Anwar diiringi Presiden Shavkat Mirziyoyev semasa isitiadat sambutan rasmi di Istana Presiden Kuksaroy sempena lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan bermula semalam hingga 19 Mei. - Gambar Bernama
#AWANIRingkas 29 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 April 2025
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Lelaki rugi lebih RM100,000 ditipu pelaburan patuh syariah
Mangsa lelaki berusia 57 tahun telah diperkenalkan oleh rakannya mengenai syarikat pelaburan berkenaan pada 29 Jan 2023.
Prestasi S&P 500: Setakat 29 April 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Laporan pendapatan dan ketegangan perdagangan US-China
Saham AS melonjak pada hari Selasa berikutan laporan pendapatan suku tahunan dan petunjuk pengurangan ketegangan perdagangan US-China. Semua tiga indeks utama AS meningkat lebih daripada 2%, dengan pelabur mengabaikan retorik Trump terhadap Pengerusi Fed Jerome Powell. Ikuti analisis terperinci mengenai impak tarif dan unjuran ekonomi oleh pakar.
Adakah RM10 sebulan mampu selamatkan krisis kesihatan negara?
Malaysia hanya memperuntukkan 4.7% daripada KDNK kepada penjagaan kesihatan, jauh di bawah purata OECD. Cadangan dana RM10 sebulan daripada setiap pekerja Malaysia untuk mengatasi kekurangan pakar bedah, jururawat, dan peralatan di hospital awam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, teruskan aliran meningkat
Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan didorong minat belian ke atas mata wang tempatan.
Bagaimana untuk solar Malaysia terus bersinar di tengah ketidaktentuan global?
Malaysia kekal kukuh dalam sektor solar meskipun berdepan duti import tinggi Amerika Syarikat (AS), berikutan tumpuan tempatan pada tenaga bersih dan National Energy Transition Roadmap (NETR). Ikuti kupasan di Niaga AWANI tentang peluang pertumbuhan dan pelaburan baharu dalam landskap solar negara.
Data terkini prestasi perdagangan Malaysia
Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan peningkatan 1.2%, namun menghadapi cabaran besar seperti ketegangan perdagangan global dan permintaan sektor tertentu yang tidak menentu. Artikel ini membincangkan soalan-soalan kritikal yang perlu ditanyakan kepada pakar ekonomi untuk memahami prospek masa depan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berubah pantas.

Sekolah 'sorok' kes guru cabul 20 murid selama lebih 3 tahun
Kes tersebut terbongkar selepas seorang murid tahun dua memberitahu ibu bapanya bahawa dia menjadi mangsa cabul oleh guru berkenaan.

Pembangunan Kuala Lumpur bukan ‘agenda Cina’ usir orang Melayu - PM Anwar
Dakwaan pembangunan Kuala Lumpur akan merampas tanah orang Melayu tidak berasas kerana kesemua status tanah itu tidak berubah, tegas Perdana Menteri.

PM Anwar rafak sembah tahniah sempena Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis
PM Anwar mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

Malaysia, China komited kekalkan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan
Malaysia dan China mengulangi komitmen untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

China sedia tandatangani peningkatan ACFTA dengan ASEAN secepat mungkin - Xi Jinping
Presiden Jinping sokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dan bersedia menandatangani Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China dengan negara serantau.

Persahabatan China-Malaysia kekal abadi
Hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara terbina atas asas saling menghormati dan persefahaman.

Presiden Xi Jinping menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia
Pesawat Air China yang membawa Xi dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.04 pagi.

Lawatan kerja PM Anwar ke Thailand perkukuh hubungan rentas sempadan, kestabilan serantau
Perdana Menteri Anwar akan mengadakan lawatan kerja ke Thailand hari ini dan dijangka bertemu rakan sejawatnya, Paetongtarn Shinawatra.

Malaysia capai kejayaan di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim, Anwar - Xi Jinping
Malaysia, kata Xi, telah berkembang pesat dan mencapai kemajuan besar dalam pemodenan sejak kali terakhir beliau melawat negara ini 12 tahun lepas.

Dasar luar Malaysia-China dibentuk oleh visi yang jelas - PM Anwar
China telah menjadi rakan kongsi yang rasional, kuat dan boleh dipercayai.

Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.