KUALA LUMPUR: Teknologi awan dan pusat data memainkan peranan besar dalam memajukan inisiatif Digital Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata teknologi awan dan pusat data adalah antara perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025.
"Kementerian ini telah memperjuangkan Dasar Utamakan Awan dan menyaksikan penerimagunaan teknologi awan oleh sektor awam semakin berkembang.
"Pelabur juga akan mendapati kita komited untuk menyediakan insentif cukai dan infrastruktur keselamatan yang wajar, kemudahan tenaga hijau dan lokasi untuk pusat data," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan Invest Malaysia Siri 2 bertemakan 'Digital Malaysia: Infrastruktur Esok, Hari Ini' di sini, pada Rabu.
Fahmi berkata Malaysia adalah antara pasaran pusat data paling maju di Asia Tenggara.
"Anda pastinya mengetahui mengenai pengumuman berkaitan pelaburan besar yang dibuat oleh syarikat global seperti Amazon, Microsoft, Bridge Data Centres, Keppel Data Centres, Google dan Alibaba.
"Organisasi penganalisis pasaran, Arizton menganggarkan nilainya akan meningkat kepada US$1.57 bilion (US$1=RM4.59) pada 2027," katanya.
Beliau berkata selain itu penting untuk meneliti teknologi 5G dan awan dalam konteks inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang lebih luas, menghubungkan semua rakyat Malaysia kepada janji bahawa ekonomi digital sebagai pemacu utama yang akan membantu membawa kemajuan saksama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Fahmi berkata, teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025. - Gambar fail

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

Malaysia terima pelaburan untuk pusat data berjumlah RM76 bilion sehingga Mac tahun ini
Ia merupakan satu pertumbuhan yang besar dan turut disokong oleh beberapa faktor, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab pusat data di rantau Asia.

Wind Information dari China berminat buka ibu pejabat serantau di Malaysia - Teo
Wind Information akan dapat menyediakan perkhidmatan maklumat kewangan yang serupa dengan Bloomberg selepas bertapak di Malaysia.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

ChatGPT akan cetus revolusi industri pusat data - Pakar
Perbezaan utama antara reka bentuk pengkomputeran awan semasa dan ChatGPT, serta kandungan yang dihasilkan kecerdasan buatan (AIGC) adalah reka bentuk pusat data.

Projek bekalan kuasa di Cyberjaya, selari cita-cita jadi negeri pintar - MB Selangor
Pembangunan projek bekalan kuasa dan inisiatif tenaga boleh baharu di Cyberjaya, dekat sini, dilihat selari dengan cita-cita Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025, kata Menteri Besar Selangor

Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion, bina pusat data kedua terbesar negara
Pelabur dari China kemuka dua cadangan pelaburan digital kepada MIDA.

Microsoft bina pusat data di Johor, pembinaan capai 40 peratus
Pembinaan itu dilihat dapat merancakkan sektor ekonomi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini.