awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi kewangan: Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/06/2024
06:32 MYT
Teknologi kewangan: Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM
Anwar berucap pada majlis perasmian bank digital, Boost Bank oleh Axiata dan RHB pada Khamis. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Inklusiviti dalam Ekonomi Madani bermaksud apa sahaja manfaat akan dapat dinikmati semua peringkat masyarakat dan bukan disasarkan untuk kelompok kecil semata-mata.

Ringkasan AI
  • Transformasi Digital: Dalam ucapan perasmian bank digital Boost Bank oleh Axiata dan RHB, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya memacu kecekapan anak muda agar faedah transformasi digital dapat dinikmati oleh semua. Ini termasuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan kaya serta meningkatkan pendidikan, peluang pekerjaan, dan gaji.
  • Usaha Peningkatan Latihan: Anwar Ibrahim mencadangkan agar Boost Bank bekerjasama dengan Axiata dan RHB untuk terus meningkatkan latihan anak muda. Dalam era pasca normal, di mana digitalisasi semakin kompleks, pemahaman menyeluruh dan latihan intensif diperlukan agar teknologi dapat digunakan secara efektif.
  • Boost Bank: Bank Digital Pertama dengan Aplikasi eDompet: Boost Bank memperkenalkan pembukaan akaun secara embedded melalui aplikasi eDompet Boost. Dengan menggabungkan teknologi fintech dan kestabilan bank, pengguna yang tidak memiliki akaun bank dapat melakukan transaksi secara digital.

Dalam ucapan perasmian bank digital, Boost Bank oleh Axiata dan RHB pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi khususnya dalam industri perbankan, perlu meneruskan usaha memacu kecekapan anak muda supaya faedah transformasi digital dapat dinikmati semua peringkat.
"Ia harus mengurangkan jurang antara yang maha kaya dan miskin. Ia akan beri ruang dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat terbanyak. Itu cabaran kita, yang disebut soal kemanusiaan dan ihsan supaya pendidikan mereka lebih baik, peluang pekerjaan lebih bermutu upah dan gaji meningkat dari kadar sekarang.
"Sebab itu saya cadangkan Boost Bank bersama Axiata dan RHB, selain daripada ikhtiar yang diperkenalkan, teruskan juga dengan usaha peningkatan latihan supaya tahap kecekapan dan keterampilan dalam kalangan anak muda lebih baik," katanya.
Tambahnya, dalam era pasca normal, banyak perkara termasuk digitalisasi menjadi lebih kompleks kerana perubahan berlaku pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ini memerlukan kefahaman yang menyeluruh dan latihan pada skala intensif bagi membolehkan ia digunakan sepenuhnya.
Boost Bank merupakan bank digital pertama yang membolehkan pembukaan akaun secara ‘embedded’ melalui aplikasi eDompet Boost.
Ia menggabungkan ketangkasan syarikat fintech dengan kebolehpercayaan dan kestabilan bank yang sedia ada, dan membolehkan pengguna yang tidak memiliki akaun bank untuk melakukan transaksi secara digital.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kewangan
#Boost Bank
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan