KUALA LUMPUR: Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi pembayaran tol di Lebuhraya Utara-Selatan yang bermula pada 15 Jan lepas mengharu-birukan pengguna apabila mereka terperangkap dalam kesesakan teruk di plaza tol yang berkenaan.
Semuanya gara-gara RFID tidak lancar seperti yang diharapkan, ditambah tindakan operator lebuh raya PLUS Malaysia Berhad menukar sebahagian besar lorong SmartTAG kepada RFID sedangkan majoriti pengguna masih kekal dengan peranti itu.
Susulan itu, pengguna mula mempertikaikan rasional PLUS menggunakan teknologi data digital RFID yang dianggap menyusahkan kerana kebanyakan pengguna "tersangkut" disebabkan pelekat RFID mereka tidak boleh dikesan oleh pengimbas.
Hal itu bertentangan dengan matlamat RFID yang bertujuan mengurangkan kesesakan dan mempercepat transaksi bayaran selain tiada kos penyenggaraan dan caj tambahan untuk tambah nilai kad prabayar tol.
Cabaran yang timbul pada hari pertama pelaksanaan RFID itu juga dilihat dapat menjejaskan usaha PLUS memansuhkan kutipan tol berpalang melalui Touch 'n Go dan SmartTAG secara berperingkat yang disasarkan menjelang 2023.
LAKSANA SISTEM TOL TANPA PALANG
Pengguna juga membangkitkan beberapa isu lain termasuk kos pemasangan pelekat RFID yang mahal, kualiti pelekat yang didakwa mereka mudah rosak selain kegagalan sistem pengesanan pelekat.
Perkara itu diakui oleh beberapa pakar kejuruteraan yang menyatakan rakyat sebenarnya bersedia menerima teknologi baharu asalkan teknologi yang diperkenalkan tersebut adalah yang terbaik dan memang memberi manfaat kepada mereka.
Kalau begitu banyak kelemahan dalam teknologi yang diperkenalkan serta tidak terlalu berbeza dengan sistem sebelum ini, sudah pasti pengguna akan mempertikaikan rasional menggantikan teknologi semasa dengan RFID, kata pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali.
Ditanya mengenai langkah yang boleh diambil oleh PLUS bagi menambah baik sistem kutipan tol di lebuh raya kendaliannya, beliau berkata sistem yang lebih praktikal adalah tol tanpa palang.
"Sistem tol berpalang menyebabkan kenderaan masih perlu memperlahan ketika melalui pondok tol. Selain itu, apabila sistem tidak dapat mengesan tag atau pincang tugas, palang tidak dapat dinaikkan, sama sahaja dengan yang kerap dialami pengguna SmartTAG," katanya kepada Bernama.
"Jika masalah SmartTAG yang pada masa ini digunakan oleh kira-kira lima juta orang turut dihadapi oleh pengguna RFID, akan timbul persoalan apa perlunya bertukar kepada RFID," kata beliau lagi.
Menurut Dr Sawal Hamid, Singapura merupakan negara pertama di dunia menggunakan sistem tol tanpa palang apabila memperkenalkan Electronic Road Pricing (ERP) pada 1998 yang terbukti berkesan dalam mengurangkan kesesakan trafik.
"Sistem ERP memerlukan peranti yang beroperasi dengan kuasa bateri, sama seperti SmartTAG serta mempunyai kad, sepertimana kad 'Touch 'n Go' yang mana kad ini boleh merekodkan baki duit dalam peranti tersebut," jelasnya.
TRANSISI DAN INTEGRASI
Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan operator melaksanakan RFID secara berperingkat bagi membolehkan pengguna lebuh raya membiasakan diri secara beransur-ansur dengan perubahan tersebut sambil pada masa sistem RFID ditambah baik.
"Lorong SmartTAG perlu dikekalkan, bukan semua tukar kepada RFID... dengan cara ini pengguna ada pilihan untuk guna Touch 'n Go, SmartTAG atau RFID.
"... apabila penggunaan sistem RFID sudah ditambah baik, maka barulah boleh dipertimbang untuk menukar lorong SmartTAG kepada lorong RFID,'' sarannya.
Selain itu, beliau turut menyarankan integrasi e-dompet dan Touch 'n Go bagi membolehkan pengguna menukar lorong tol dengan mudah, sama ada RFID, SmartTAG atau Touch 'n Go.
"Sekiranya tol berpalang masih digunakan, palang perlu dinaikkan walaupun baki duit dalam e-dompet tidak mencukupi dan baki bayaran tol boleh diambil balik secara automatik semasa pengguna membuat tambah nilai kad.
"Perkara-perkara ini perlu ditambah baik bagi memastikan penggunaan sistem RFID ini mempunyai manfaat dan dapat mengatasi masalah kesesakan serta menjamin kelancaran perjalanan kenderaan,'' katanya.
PERLU LEBIH ERGONOMIK DAN SELAMAT
Sementara itu, pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Dr Irwan Syah Md Yusoff berpendapat kos pelekat atau tag RFID yang agak tinggi hingga menjadi perdebatan ramai perlu diberi perhatian serius.
Pelekat RFID yang berharga RM35 bersifat "tampal dan lekat", sekali gus mudah terdedah kepada kerosakan.
"Konsep 'tampal dan lekat' memerlukan pengguna kenderaan menampal pelekat RFID pada bahagian lampu hadapan kenderaan yang boleh mendorong kecurian atau pihak tertentu merosakkan pelekat RFID (vandalisme)," katanya.
Isu harga pelekat itu turut menjadi dipertikaikan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan pelekat RFID tersebut seharusnya dijual pada harga yang lebih munasabah iaitu antara RM1 atau RM2 sahaja.
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Abdul Halim Husin pula menyarankan pihak berkaitan termasuk PLUS supaya menanggung sepenuhnya kos pengguna SmartTAG yang mahu beralih kepada RFID.
Sementara itu, Irwan Syah yang merupakan pakar ergonomik, keselamatan dan kesihatan pengguna serta kelestarian reka bentuk produk, turut khuatir keterdedahan kepada panas terik yang berpanjangan boleh menjejaskan keberkesanan pelekat RFID.
"Situasi seperti inilah yang boleh menyebabkan kenderaan yang melalui lorong RFID terpaksa berhenti mengejut (kerana palang tidak naik) dan menjadi penyumbang kepada kesesakan trafik yang semakin parah ketika waktu puncak dan seterusnya akan mengganggu aspek psikologi pemandu itu sendiri,'' katanya.
Walaupun pada asasnya teknologi RFID yang diperkenalkan kerajaan itu adalah seiring dengan perubahan menuju ke arah negara maju berteknologi tinggi, teknologi tersebut mestilah selamat dan relevan untuk digunakan pengguna lebuh raya, katanya.
Antaranya, pelekat RFID perlu ditambah baik dengan mengaplikasikan kaedah mudah alih bagi membendung kehilangan pelekat sama ada akibat dicuri atau tertanggal.
"Konsep ini juga membenarkan pengguna kenderaan persendirian meletakkan pelekat RFID pada kedudukan yang mudah dikesan oleh pengimbas, sekali gus melancarkan aliran trafik," katanya.
Susulan rungutan yang diterima, kerajaan pada 19 Jan lepas memutuskan supaya pengguna lebuh raya diberi pilihan sama ada mahu menggunakan RFID, Touch 'n Go atau SmartTAG.
Berikutan itu, PLUS mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di 19 lorong di 16 buah plaza tol, bagi melancarkan aliran trafik bersempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut seminggu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Matlamat RFID ialah mengurangkan kesesakan dan mempercepat transaksi bayaran selain tiada kos penyenggaraan dan caj tambahan untuk tambah nilai kad prabayar tol. - Gambar hiasan
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.

Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura
Hanya sekitar 65,000 kenderaan sahaja telah mendapat kebenaran masuk setelah masing-masing memiliki dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).

Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah
Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.

Parlimen: Kerajaan minta harga RFID dikurangkan - Fadillah
Kerajaan meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch 'n Go Sdn Bhd (TNG Sdn Bhd) untuk mengurangkan harga jualan RFID yang pada ketika ini dijual pada harga RM35.

Baki eWallet tak cukup pada waktu puncak punca lorong RFID sesak
Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup.

SMTrack nafi terlibat dalam projek RFID
SMTrack Bhd hari ini menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika ini untuk plaza tol di seluruh negara.

Teknologi RFID perlu segera ditambah baik - Pakar
Pengguna mula mempertikaikan rasional PLUS menggunakan teknologi data digital RFID yang dianggap menyusahkan kerana kebanyakan mereka "tersangkut".

Kerajaan arah PLUS, Touch 'n Go kemuka justifikasi harga pelekat RFID
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya kemudian akan melakukan penilaian terhadap perincian kos sebenar pelekat RFID tersebut.

PLUS aktifkan semula 19 lorong SmartTAG, tingkat prestasi RFID
PLUS sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuhraya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini

RFID: MyCC pantau pelaksanaan PLUS dan TNG
Apabila sebarang isu persaingan dikenal pasti, Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan.