awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas

Bernama
Bernama
23/06/2024
02:00 MYT
Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat Chia Kah Chong ditemukan nelayan lain yang kebetulan lalu berhampiran lokasi bot dilaporkan terbalik itu.
BATU PAHAT: Tekong bot nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, di sini, pada Jumaat lepas, ditemukan lemas pada 7 malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat Chia Kah Chong, 51, ditemukan nelayan lain yang kebetulan lalu berhampiran lokasi bot dilaporkan terbalik itu.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.
Menurutnya, tiga lagi mangsa iaitu Lee Pong Ling, 68; Tan Hai Lian, 62, dan Raud Darus @ Hamid, 53, masih belum dijumpai.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, bot dinaiki kelima-lima mangsa dipercayai terbalik setelah dilanda ombak kuat akibat cuaca buruk.
Bagaimanapun, seorang mangsa Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang melalui tempat kejadian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#tekong bot nelayan
#Tanjung Segenting
#Zon Maritim Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan