awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong hilang ditemui lemas, terperangkap dalam bot karam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/03/2022
08:14 MYT
Tekong hilang ditemui lemas, terperangkap dalam bot karam
Mayat mangsa, Sorawit Thapchaiyut yang juga warga Thailand diusung oleh anggota pasukan keselamatan dari Jeti Polis Marin Batu Uban untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang. - Gambar ihsan BOMBA
BATU MAUNG: Seorang nelayan yang terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Pulau Kendi di sini, semalam ditemui lemas.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, mayat mangsa yang merupakan tekong bot ditemui terperangkap di dalam bot tersebut pada pukul 10.50 pagi tadi.
"Mayat mangsa, Sorawit Thapchaiyut, 47, warga Thailand ditemui oleh penyelam persendirian yang ditugaskan oleh pemilik bot untuk menaikkan bot karam itu, sekitar pukul 10.50 pagi tadi di kedudukan kira-kira 5.1 batu nautika barat Pulau Kendi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa dipercayai terperangkap dan gagal untuk menyelamatkan diri ketika bot mereka karam.
Sebelum itu, dua rakannya berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan semasa kejadian berlaku.
Terdahulu, Operasi Cari Lamat yang memasuki hari kedua membabitkan aset Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Agensi Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) termasuk dua buah bot nelayan tempatan.
Pencarian itu melibatkan empat sektor dengan keluasan pencarian 30.04 batu nautika persegi.
Mayat mangsa kemudianya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian semalam, tiga lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam laut ketika keluar menangkap ikan berhampiran Pulau Kendi setelah bot yang dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak kuat.
Bagaimanapun, dua mangsa dijumpai dalam keadaan selamat dengan memakai jaket keselamatan manakala seorang lagi mangsa hilang.
Operasi pencarian ditamatkan pada pukul 12.45 tengahari selepas penemuan mayat mangsa.
Topic Berkaitan
#tekong lemas
#bot karam
#Pulau Kendi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan