awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong hilang ketika menangkap ikan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2024
21:10 MYT
Tekong hilang ketika menangkap ikan
Bot mangsa tidak dapat dikesan selepas keluar menangkap ikan. Gambar kecil: Ahamadkamaroodin. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang tekong nelayan warga Thailand dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh pada Isnin.
Kejadian menimpa mangsa, Ahamadkamaroodin, 48, disedari pada jam 8 pagi semalam selepas dia gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 4.20 petang dengan menggerakkan sebuah aset Maritim Negeri Kelantan iaitu bot Maritim Perkasa 1247 ke tempat kejadian bagi operasi terbabit.
Menurut beliau, pemakluman kepada komuniti nelayan setempat turut dilaksanakan.
“Maritim Negeri Kelantan menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengkatifkan operasi susulan kejadian seorang tekong bersama bot nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang ketika sedang menangkap ikan.
“Berdasarkan keterangan pemilik bot mangsa dipercayai keluar menangkap ikan dengan menaiki botnya pada jam 11.30 malam, Sabtu lalu dan namun gagal dihubungi hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, semalam.
Menurut beliau, bot Maritim Perkasa 1247 yang melaksanakan Op Carilamat di lokasi pencarian masih tidak menemui sebarang petanda.
“Keadaan laut yang bergelora dan angin kencang di lokasi pencarian turut menjejaskan proses pencarian.
“Operasi ditangguhkan pada jam 7.24 malam dan akan diteruskan pada pukul 7 pagi esok (Selasa),” kata beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tekong hilang
#tangkap ikan
#warga Thailand
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan