awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong, kru bot penumpang diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2022
22:30 MYT
Tekong, kru bot penumpang diberkas
Bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan bersama dua kru warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang. - Foto Sinar Harian
PELABUHAN KLANG: Tiga individu termasuk dua warga Indonesia diberkas selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) menahan sebuah bot penumpang di perairan Tanjung Harapan di sini pada Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan bersama dua kru warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.
"Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 36 hingga 58 tahun.
"Tekong juga gagal mengemukakan sebarang dokumen bot yang lengkap manakala kedua-dua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, bot dan kesemua suspek kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
Beliau turut mengingatkan pemilik dan tekong bot mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#bot penumpang
#perairan Tanjung Harapan
#beroperasi tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan