awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
Izwan Hasli dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu PNB Merdeka Ventures
Notis rasmi kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis diserah kepada SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekun Nasional berjaya kutip hutang RM200 juta dalam tempoh lima bulan

Bernama
Bernama
08/06/2019
03:46 MYT
Tekun Nasional berjaya kutip hutang RM200 juta dalam tempoh lima bulan
Jumlah kutipan itu menunjukkan peminjam mula sedar tanggungjawab mereka untuk membayar balik hutang demi kelangsungan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain.
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya mengutip sejumlah RM200 juta hutang daripada 419,483 peminjam yang membuat pinjaman perniagaan dengan agensi itu sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata jumlah kutipan itu menunjukkan peminjam mula sedar tanggungjawab mereka untuk membayar balik hutang demi kelangsungan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain.
"Walaupun jumlah itu hanya separuh daripada hutang terkumpul iaitu lebih RM600 juta daripada kesemua peminjam, pihak pengurusan kami berusaha mengambil masa, langkah dan ruang untuk membolehkan peminjam membayar balik hutang mereka.
"Kami memberikan peluang kedua kepada mereka yang tidak boleh membayar balik hutang supaya tampil berjumpa dan berbincang dengan pihak kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Karnival Usahawan dan Sambutan Hari Raya Aidifitri 2019 di Dataran Kopakat yang turut dihadiri Ketua Pengawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Adam Abd Ghani.
Mohamad Suparadi berkata pihaknya bagaimanapun tidak mahu peminjam melihat dasar dan usaha TEKUN Nasional seperti 'ah long' dalam usaha agensi itu mengutip hutang.
"Bukan kami mahu menjadi seperti 'ah long' untuk mengutip hutang secara paksaan kerana kami mempunyai kaedah tertentu bagi membantu peminjam agar mampu membayar balik hutang mereka.
"Kami faham dalam keadaan ekonomi tidak menentu ramai peminjam tidak mampu bayar balik hutang mereka terutama mereka yang tidak berjaya dalam perniagaan selepas mendapat pinjaman," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada peminjam yang cuba 'lari' daripada tanggungjawab mereka untuk membayar balik hutang pinjaman.
"Jenis peminjam lari dan sembunyi yang kami tidak mahu kerana sikap ini akan memberikan kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain pada masa hadapan untuk mendapat dana pinjaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#hari raya
#Mohamad Suparadi Md Noor
#Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
#TEKUN
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan