ALOR GAJAH: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) meluluskan pinjaman berjumlah RM8.5 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) sehingga Mac lepas melibatkan 1,345 pemohon di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pembiayaan yang diperkenalkan Disember 2020 itu bagi membantu peniaga kecil yang terjejas meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
Beliau berkata TEKUN Nasional memperuntukkan sebanyak RM50 juta dengan sasaran seramai 10,000 usahawan seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memanfaatkan bantuan pinjaman itu.
"Kita berharap lebih ramai usahawan, tidak kira yang berniaga kuih dari rumah, secara dalam talian atau apa-apa sahaja perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan supaya merebut peluang ini untuk menambah modal seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
"Urusan permohonan bagi SPIN ini juga amat mudah dengan tempoh kelulusan dalam tujuh hari dengan empat dokumen yang diperlukan bagi membolehkan usahawan mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, Mas Ermieyati merasmikan Kursus Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional peringkat negeri yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Transformasi dan Pengurusan Projek TEKUN Nasional Aishamuddin Zulkefli.
Timbalan menteri itu berkata TEKUN Nasional juga menyasarkan untuk melatih 18,000 usahawan di bawahnya tahun ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para usahawan mengenai strategi dan teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan yang cekap.
"Kita juga berharap golongan ini mempelbagaikan kemahiran dan kreatif dalam perniagaan ekoran pandemik COVID-19 seperti menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi membolehkan mereka memanfaatkan teknologi terkini, meluaskan rantaian perniagaan dan kekuatan kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Mas Ermieyati berkata pembiayaan yang diperkenalkan Disember 2020 itu bagi membantu peniaga kecil yang terjejas meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. - BERNAMA
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.